Saturday, 30 November 2019

HTML


Hello guys! Assalamualaikum semua...

Dalam sesi pembelajaran seterusnya untuk subjek Aplikasi Komputer ialah HTML.



Apa itu HTML??

HTML adalah singkatan dari perkataan Hypertext Markup Language
HTML memudahkan seseorang itu untuk membuat dan menyusun bahagian paragraf, heading, link, dan blockquote untuk halaman web dan aplikasi.





Tiga perkara asas yang harus diletakkan di awal setiap dokumen HTML adalah <html>, <head>, dan <body>.
1. Tag <html></html> : elemen level tertinggi yang menyertakan setiap halaman HTML.
2. Tag <head></head> menyimpan maklumat, contohnya ialah tajuk.
3.Tag <body></body> : melampirkan semua isi yang muncul pada suatu halaman.
( contoh kod asas untuk mencipta HTML )

Fungsi HTML? 
1.  Mencipta, mereka, mengawal paparan dari webpage dan kandungannya
2. Memaparkan dokumen atau maklumat secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia
3. Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian
4. Menambah objek–objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam dokumen HTML

Terdapat banyak lagi teknik-teknik asas bagi HTML. Jika seseorang itu kreatif HTML tersebut akan menjadi lebih menarik untuk dilihat 😍

FESTIVAL TEATER UKM (FESTER)


Lihatlah ada mangga yang ranum,
Diberi sambal enak rasanya,
Kuucapkan Assalamualaikum,
Salam sejahtera bagi kita semua.


Hello guys! 

Post kali ni berkaitan dengan FESTIVAL TEATER UKM (FESTER)!!

Untuk kali ke dua nya hadir ke FESTER untuk support Kelab Lantera Mas, Kolej Keris Mas.

Teater yang bertajuk Kelentong banyak memberi impak kepada para pelajar serta jalan cerita yang menarik & tidak bosan untuk ditonton.

Tahniah Kelab Lantera Mas merangkul tempat Top 3 untuk Festival Teater UKM ini!








(Kiri: Syahzanani merangkap roommate saya dan watak Nabila iaitu rakan baiknya)

Monday, 25 November 2019

VlOOKUP


Assalamualaikum...
Posting kali ini berkaitan tentang hasil pembelajaran subjek Aplikasi Komputer.

Untuk yang baru dengar tentang Vlookup ni mesti tak berapa familiar sangat kan?

Actually, Vlookup sangat membantu dan memudahkan kita dalam membuat kerja.
Vlookup bantu kita untuk membuat kerja dengan lebih cepat & pantas.
Dengan hanya memasukkan formula yang betul. Vlookup akan terhasil dengan jayanya 😊


Gambar di bawah adalah contoh yang mudah difahami apabila hendak menggunakan Vlooukup! 




Hasil pembelajaran tentang Vlookup di dalam kelas. Dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak kebaikan mahupun faedah yang kita perolehi ketika menggunakan Vlookup ini:

Antara faedah yang kita perolehi ialah:

1. Vlookup membandingkan antara dua helaian atau dua buku kerja

2. Vlookup mengambil maklumat berdasarkan nilai unik

3. Vlookup mengambil maklumat berdasarkan nilai kira-kira

4. Vlookup boleh menggabungkan data ke dalam jadual yang berlainan

5. Vlookup boleh mengklasifikasikan dan mengkategori 


Terbukti dan ternyata bahawa Vlookup ini amat membantu dalam melaksanakan tugas dengan lebih pantas 👍 

Wednesday, 13 November 2019

NETBALL



ASAS-ASAS BOLA JARING

Memandangkan semester 1 ini saya mengambil Citra Sukan iaitu Asas Bola Jaring, saya nak share sikit tentang asas-asas dalam permainan bola jaring.

1. Hantaran

     1.1 Hantaran Aras Bahu
     1.2 Hantaran Aras Dada
     1.3 Hantaran Sisi/Bawah Bahu
     1.4 Hantaran Atas Kepala (Lob)
     1.5 Hantaran Lantun






















2. Jaringan

     2.1 Jaringan Statik Sebelah Tangan
       2.1.1 Menjaring Sambil Melompat
       2.1.2 Menjaring Sambil Berlari 



















3. Pergerakan Kaki

     3.1 Mendarat Atas Sebelah Kaki
     3.2 Mendarat Atas Dua Belah Kaki





4. Strategi Permainan 

     4.1 Strategi untuk Hantaran Tengah 
     4.2 Strategi Hantaran ke Dalam
     4.3 Strategi Pertahanan








( Gambar semasa latihan bola jaring bersama ahli kumpulan 3)

CYCLING


Hi Assalamualaikum semua 🙈

Harini topik tentang berbasikal! 
Memang hobi petang-petang di rumah suka berbasikal.
Rasa macam tenang je bila berbasikal tu haha 

Actually, berbasikal ni antara salah satu option untuk kita bersenam. 
Cumanya senaman ini memerlukan basikal yang memerlukan sedikit kos jika nak dibandingkan dengan jogging. 

So harini nak share sikit tentang faedah-faedah berbasikal
Ayuhhh 💨

1. Mengurangkan risiko sakit kronik

2. Memperbaiki mood

3. Merehatkan minda

4. Menurunkan kadar kolestrol

5. Menikmati keindahan alam

6. Membantu mengurangkan berat badan

7. Kesihatan paru-paru yang lebih baik

8. Mengeratkan silaturahim

9. Membina otot

10. Mengurangkan sakit jantung & risiko kanser 



Pepatah arab ada mengatakan:

العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِ

((Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat))



( Gambar berbasikal sekeliling taman & kampung )

MONYET UKM


Assalamualaikum... 

Bukan student UKM la kan kalau tak jumpa monyet-monyet ni right?
hahahaha

Okay gambar di bawah semua tu adalah di belakang bilik sahaja. Tak payah pergi jauh pun monyet-monyet ni dah datang ziarah 😂

Jangan sesekali buka tingkap bilik sebab bila-bila masa je dia boleh masuk haha

Kebiasaannya perempuan la kan yang takut bila nak lalu area ada 
monyet-monyet ni. So nak bagi pesanan sikit nak elak dari dikacau/diserbu:

1. Jangan la pegang makanan atau minuman!
memang dia datang serang la

2. Jangan panggil monyet-monyet tu.

3. Jangan nak kacau anak-anak dia yang kecik tu. 
Sebab mak dia selalu memerhati okay






Macam mana monyet tidur??
(( soalan cepumas dari roommate yang dikasihi 😂))

Monyet kebiasaannya tidur terlentang sehingga menyerupai posisi tidur manusia. Walaupun monyet-monyet sedang tidur di atas pokok, mereka akan mencari posisi yang sempurna dan selesa ketika tidur.
Biasanya, mereka tidur di atas pokok untuk melindungi diri dari haiwan buas yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Sekian.



Monday, 4 November 2019

KARNIVAL KONVOKESYEN UKM KALI KE-47


Assalamualaikum guys... 

Tujuan utama datang ke Karnival Konvensyen UKM Kali Ke-47 ialah untuk support Kelab Lantera Mas bagi Kolej Keris Mas! 

Mostly semua performance dari setiap kolej memang tak kurang hebatnya. Persaingan sengit.

Tapi.... Alhamdulillah Kolej Keris Mas dapat merangkul tempat dalam Top 3. Tak sia-sia la datang support hahaha 😜

Congrats Kelab Lantera Mas, Kolej Keris Mas!!!





Oh by the way, artis jemputan yang ada pada malam tu 
ialah....Syafiq Farhain!!! 
ala yang abang bomba tu hmm ahaha

Syafiq Farhain ni anak ke 4 kepada Allahyarham Sallem. 
Lagu popular dia "Sayang Maafkan Aku" 

https://youtu.be/qshxLT_-3mQ

ok that's all. ThankYou.








INTRO ^_^