Hello guys! Assalamualaikum semua...
Dalam sesi pembelajaran seterusnya untuk subjek Aplikasi Komputer ialah HTML.
Apa itu HTML??
HTML adalah singkatan dari perkataan Hypertext Markup Language.
HTML memudahkan seseorang itu untuk membuat dan menyusun bahagian paragraf, heading, link, dan blockquote untuk halaman web dan aplikasi.
Tiga perkara asas yang harus diletakkan di awal setiap dokumen HTML adalah <html>, <head>, dan <body>.
1. Tag <html></html> : elemen level tertinggi yang menyertakan setiap halaman HTML.
2. Tag <head></head> : menyimpan maklumat, contohnya ialah tajuk.
3.Tag <body></body> : melampirkan semua isi yang muncul pada suatu halaman.
( contoh kod asas untuk mencipta HTML )
Fungsi HTML?
1. Mencipta, mereka, mengawal paparan dari webpage dan kandungannya
2. Memaparkan dokumen atau maklumat secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia
3. Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian
4. Menambah objek–objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam dokumen HTML
Terdapat banyak lagi teknik-teknik asas bagi HTML. Jika seseorang itu kreatif HTML tersebut akan menjadi lebih menarik untuk dilihat 😍
No comments:
Post a Comment