Sunday, 29 September 2019

1ST PROGRAM at UKM

Assalamualaikum...

Program pertama yang telah dihadiri masa mula-mula masuk UKM ialah
 "1 AlQuran, 1 Pelajar"

Bagus program ni sebab dia berunsurkan kerohanian. Boleh buat tambah amalan di sana.

Aim program ni untuk edarkan AlQuran yang telah diwaqafkan oleh insan-insan mulia kepada pelajar-pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). 





Program bermula selepas asar dan tamat selepas maghrib. Ada sedikit kata-kata ucapan & bermulanya sesi penyerahan AlQuran kepada para pelajar. Seterusnya solat maghrib berjemaah & edaran nasi hujan panas kepada yang hadir. 

Dah dapat AlQuran free kita kena manfaatkan sebaik mungkin okay😇
(teguran utk diri sendiri jugak ngee)







*gambar ketika program* 



So kat sini nak share sikit hadis tentang Kelebihan mempelajari AlQuran & mengajarkanya hihi 

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

Matan Hadith :


عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ.

تخريج : [صحيح البخاري , كِتَاب فَضَائِلِ الْقُرْآنِ , بَاب خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ, حديث رقم 5027].

Pengajaran hadith :


  1. Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.
  2. Umat Islam dituntut mempelajari al-Qur’an sama ada untuk memperbetulkan bacaannya atau memahami isi kandungannya sebagai pedoman dalam kehidupan.
  3. Apabila seseorang Muslim mempelajari al-Qur’an maka Allah SWT akan mengurniai kemuliaan dan kelebihan yang besar. Manakala bagi mereka yang mahir dengan al-Qur’an dituntut mengajarkannya kerana Allah SWT akan memberikan kepadanya kemuliaan sebagai ahli al-Qur’an.


Syukran Jazilan Jawatankuasa Kebajikan Sosial & Kerohanian, FEP untuk Alquran & makanan free hehe

Mohon maaf jika ada salah silap & mohon tegur atas kekhilafan diri ini 



No comments:

Post a Comment

INTRO ^_^