Assalamualaikum.... Bertemu kita lagi dalam episod dah update blog ke belum? hehe😸
So inilah kem pertama yang dihadiri oleh Nik Nor Dalilah semasa semester 1 di UKM.
"KEM MAHASISWA INTERLEKTUAL"
Kem ini dijalankan pada 11-13 Oktober 2019 (Jumaat hingga Ahad).
Bertempat di Hutan Pendidikan Alam (HPA).
Hutan Pendidikan Alam ni dekat jugak la dari Kolej Keris Mas.
Kena lalu Pusat Asasi Pintar then terus je. Kedalam sikit la.
By the way, untuk pengetahuan semua..
Kem ini dihadiri oleh pelajar semester 1 yang melibatkan diri
dalam sekretariat Kolej Keris Mas.
Antara contoh sekretariat ialah Sekretariat Akademik, Protokol, Malam Gala,
Sukarelawan Intelek Sabah, Interfest, dan Kelab Kerohanian.
So saya dengan bertuah nya telah dipilih untuk mewakili bagi Sekretariat Sukarelawan Intelek Sabah 😎
Post kali ni nak share sikit tentang faedah atau kebaikan menyertai kem.
1. Melahirkan sifat kepimpinan dalam diri untuk memimpin masa akan datang.
2. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
3. Mendapat kenalan baru apabila menyertai kem.
Apabila dapat kenalan baru ,dapatlah kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Disamping itu, kita dapat mengeratkan ukhwah antara sesama pelajar.
4. Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran.
Sebagai kesimpulannya, kem merupakan medan yang terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang.